Followers

get this widget here

Search This Blog

Saturday, March 9, 2013

Sedih??

Sedih??
sedih sbb org tak suka kita??
 sedih sbb perkara yang terjadi tidak seperti yang kita harapkan??
rasa yang kurang dan tidak selesa??

bila kita sedih mesti kita nak menangis kan...menangislah memahunya sehingga kita puas...sbb menangis tu salah satu cara nak stabilkan balik emosi kita yang tengah sedih tu...
tapi lepas kita nangis kita kena fikir balik,untung tak kita menangis untuk org yang sememangnya xpernah fikirkan kita...rugikan...

Jangan sedih bila org tak suka kita sbb yang paling penting ialah Allah sentiasa sayang kita..yang penting kita buat apa saja yang Allah suka...Sayang diri sendiri tu lagi penting...Kalau rasa org tak sayang kita cuba kita fikir balik org2 yang sentiasa sayang kita...siapa?? Keluarga kita...Kawan-kawan kita...semua tu sayang kita...jangan bebankan fikiran dengan berfikir tentang org yang tak suka kita....
Rugi bila kita fikir pasal org yang benci kita sedangkan kita masih ada yang sayangkan kita...Sbb susah kalau kita nak buat semua org suka kita...kita jgk susah jgk nak suka semua org kan?? jadi kenapa nak fikirkan org yang xsukakan kita tu...

Sia-sia usaha kita nak buat org suka kalau dalam hatinya mmg dah xsuka kan...Jadi kenapa nak hilangkan identiti diri semata-mata nak puaskan hati org lain...Dah xsuka tu sudah lah..biarkan dia dengan perasaan xsuka dia...bila kita kekal positif dan xpernah kisahkan dia lama-lama dia sendiri yang akan letih untuk membenci kita sedangkan tidak ada satu pun benda yang menguntungkannya...

Mcm dalam filem JUVANA tu ada sebut,kalau kita simpan dendam tu dalam diri lama-lama akan makan diri kita...jadi belajar untuk memaafkan org lain tu adalah lebih baik...

Kita dah memaafkannya tapi dia sering mencari kesalahan kita...bagaimana nak buat???
Maka berdoalah semoga Allah lembutkan hatinya dan luruskan pemikirannya yang bengkok tu...supaya dia sentiasa dapat menilai dngan sudut pandangan positif...

tapi bagaimana pula kalau dia sengaja mencari kesalahan kita??
maka anggap la tu semua dugaan dari Allah...Allah akan memberi dugaan kepada hambanya yang beriman...untuk menduga tahap keimanannya...dan bersabarlah wahai hati sbb Allah suka kepada hambanya yang kuat bersabar....

Jadi kesimpulannya bila ada yang xsuka kita,cakap dekat hati sabar,cakap dekat minda untuk kekal positif,cakap dekat emosi bahawa ramai lagi yang sayang kita dan kita sayang org itu kerana Allah...


Kekal positif, 
Kekal aktif,
Kekal arif...


_ASSALAMUALAIKUM_

No comments: